Belajar Internet & Menaip

Nama : Muhammad Haziq Hilmi Bin Yaacub.
Umur : 20 tahun
Ahli : 2017

Latar Belakang

Haziq merupakan anak pertama daripada 5 beradik. Beliau baru sahaja tamat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2016.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pi, beliau kurang pengetahuan tentang penggunaan komputer. Beliau juga tiada keyakinan untuk mengajar adik-adik tentang komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai salah seorang ahli di Pusat Internet Beris Kubur Besar, dan mengikuti kelas komputer anjuran PI, Haziq kini lebih yakin untuk mengajar adik-adik tentang penggunaan komputer yang betul. Malahan beliau juga dapat membantu rakan-rakan lain tentang penggunaan internet seperti mengisi permohonan UPU secara online, penulisan resume dan lain-lain.

IMG 20170608 WA0011

________________________________________________________________________________________

Perusahaan Atap Bata Singgora (Atap Tanah Liat) - Kraftangan Warisan & Pelancongan.

Nama : Noraini Binti Jusoh.
Umur : 51 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Beliau mula menceburi bidang pembuatan Bata Atap Singgora selepas tamat tingkatan 5. Beliau merupakan pewaris kepada perniagaan Bata Atap Singgora selepas kematian ibubapanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Jualan produk secara langsung kurang mendapat sambutan dan tidak dikenali oleh masyarakat kini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini produk beliau telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada pihak pelancongan & warisan Malaysia. Peningkatan jualan juga amat memberangsangkan sehinggakan beliau tidak menang tangan untuk pengeluaran stok baru. Produk beliau kini telah dikenali seluruh Malaysia.

1504766972 18425491 822436827906914 1784735751239782703 n

atap

____________________________________________________________________________________________

Belajar Internet, Menaip & Media Sosial

Nama : Cik Norsuharnin Binti Andigani.
Umur : 18 tahun
Ahli : 2017

Latar Belakang

Cik Norsuharnin merupakan anak kedua daripada 3 beradik. Beliau baru sahaja tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau kurang mengetahui tentang perkembangan ICT terkini. Beliau juga tiada pengetahuan tentang penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai salah seorang ahli di Pusat Internet Beris Kubur Besar dan mengikuti kelas komputer anjuran PI,  Cik Norsuharnin lebih yakin dan tidak asing lagi dengan penggunaan komputer. Beliau juga turut diajar cara menggunakan Excel ( formula & Validation ), Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Beliau dapat memahirkan diri dalam penggunaan internet seperti email dan media sosial. Malahan beliau juga dapat membantu rakan lain tentang penggunaan internet seperti menaip resume, mengisi permohonan SPA secara online dan lain-lain.

________________________________________________________________________________________

 

Perniagaan Online (HAI-O)

Nama : Norpazilawati Binti Mohd Taib.
Umur : 37 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Pn. Norpazilawati merupakan seorang guru Fardu Ain dan suri rumah separuh masa. Disamping itu, beliau juga berjinak-jinak dalam perniagaan kesihatan (Hai-O) sebagai pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan sampingan beliau hanya tertumpu kepada jiran dan rakan sekerja sahaja secara offline. Masa perniagaan beliau juga terhad disebabkan pekerjaan hakiki.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau menyertai pelbagai program anjuran PI seperti kelas komputer, Program Dashboard; minda beliau lebih terbuka dan semakin berminat untuk mengembangkan perniagaan sampingan secara online. Latihan ICT secara teori dan praktikal telah membuatkan beliau yakin untuk terus bergerak maju dalam perniagaan online. Perniagaan online juga telah menjimatkan masa beliau untuk membuat pemasaran / promosi tanpa sempadan dan had masa.

1504752014 17862710 10206522828028382 2365244943493578653 n

___________________________________________________________________________________________