Nama Mohammad Ahmad Hakiim bin Ab. Rahman.
Umur  24 Tahun
Ahli   2019

Latar belakang

En. Hakiim memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bagi mengisi masa terluang. Antara produk jualan beliau ialah roti john, popia sardin, popia telur, murtabak mini ranggup dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau kurang pengetahuan ICT dan jualan beliau hanya dijalankan secara offline di gerai sahaja. Pelanggan beliau juga terhad kepada orang sekitar sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau sudah dapat mempromosikan jualan beliau secara atas talian dan beliau juga menyediakan perkhidmatan COD kepada pelanggan yang ingin merasa jualan beliau. makin hari jualan beliau semakin dikenali dan berkembang maju. Beliau juga dapat memasarkan produk jualan beliau merentas sempadan tanpa had dengan menggunkan kelebihan media elektronik seperti facebook, blog, instagram, wechat, whatsapp dan lain-lain.