Nama  NURUL IZYAN BT MOHD ZIN. 
Umur  16 Tahun
Ahli   2020

Latar belakang

Nurul Izyan merupakan pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Beris Panchor. Beliau mengikuti Kelas Latihan Asas Komputer di Pusat Internet Beris bagi mempelajari microsoft office ( word, excel & powerpoint ). Kini beliau dapat mempraktikkan apa yang dipelajari dalam pembelajaran beliau di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan dunia ICT. 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

 Kini, dengan kemahiran komputer yang telah beliau pelajari di Pusat Internet, beliau dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang dunia ICT yang lebih mendalam. Selain itu juga, beliau dapat menyiapkan tugasan sekolah dengan mudah, selesa dan menjimatkan setelah bergelar ahli PI. Banyak kelebihan yang dapat beliau manfaatkan dari perkhidmatan dan kemudahan PI. Beliau juga dapat memberi tunjuk ajar kepada adik-adik dan kawan yang memerlukan bantuan berkaitan komputer. Beliau juga sering memanfaatkan kelebihan beliau bergelar sebagai ahli iaitu dalam peminjaman netbook, penggunaan Komputer yang menjimatkan serta murah dan selesa.