Tarikh: 3 Disember 2017

Masa: 10.00 Pagi - 1.00 Petang

Lokasi: PI Beris Kubur Besar

Peserta: 5 orang

IMG 20171203 111307

Tujuan:

Kelas ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengenal komputer dengan lebih dekat. Selain pelajar dapat belajar mengenal huruf, pelajar juga dapat mempraktiskan kelajuan jari mereka bermain papan kekunci.

Aktiviti:

Kelas Typing Junior ini disertai oleh 5 orang peserta (tadika & sekolah rendah). Kelas ini bertujuan untuk membiasakan pelajar dengan perkakasan komputer seperti tetikus dan papan kunci. pelajar juga diberikan penerangan ringkas tentang "Klik Dengan Bijak" dan cara penggunaan komputer. Selepas tamat penerangan ringkas, permainan pertama ialah "Typing Balloons". Permainan ini menguji kepekaan dan ketangkasan pelajar dalam mengenal huruf / abjad. Selepas itu, para peserta diuji dalam pertandingan "Ghost Typing". Pertandingan ini terbahagi kepada 2 ketegori iaitu tadika dan sekolah rendah. Para pelajar amat teruja dengan permainan tersebut.

GALERI FOTO 

__________________________________________________________________________________________