BENGKEL VIDEO ANIMASI MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT

   => TARIKH: 13 NOVEMBER 2017 (3.00 PM - 6.00 PM)

2 7

          Bengkel ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang penggunaan microsoft powerpoint yang tidak terhad kepada persembahan sahaja. peserta diajar cara untuk menghasilkan video dan efek bunyi dalam video tersebut untuk lebih menarik. Peserta bengkel ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur (sek ren & sek men). Mereka sungguh teruja apabila dapat menghasilkan video animasi dengan sendiri yang bertemakan "bebas". Ini dapat melatih peserta untuk lebih kreatif dan santai tanpa tekanan.

GALERI FOTO

PROGRAM LITERASI ICT & DASHBOARD KOMUNITI 2017

   => TARIKH: 18 NOVEMBER 2017 (9.00PG - 2.00 PTG)

a c
g l

 

       Program Literasi ICT & Dashboard Komuniti 2017 adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan Dashboard Komuniti serta muatturun aplikasi Dashboard pada telefon pintar pengunjung. Selain itu, petugas telah memberikan penerangan lanjut tentang peranan pi1m dan kemudahan yang disediakan oleh pihak pi1m kepada komuniti setempat. Tayangan video mengenai kesedaran dan keselamatan penggunaan internet juga dipertontonkan seperti over sharing, cyber bully, online grooming dan lain-lain.

       Untuk slot keusahawanan, pihak pi1m telah menjemput en.noordin zakaria iaitu usahawan online yang berpengalaman luas dalam bidang online untuk berkongsi ilmu asas-asas perniagaan online kaedah SEO (Search Engine Optimization). selepas itu, pengunjung diajar cara-cara untuk photoshoot produk supaya lebih menarik dengan kos yang menjimatkan. pi1m juga menyediakan platform untuk para usahawan online memasarkan produk jualan mereka iaitu Myshop Dashboard.

     Untuk program ini, pihak pi1m juga menyediakan slot kesihatan yang mana memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat pemeriksaan kesihatan seperti timbangan berat dan tekanan darah menggunakan peralatan I-Health dan rekod tersebut akan disimpan di Dashboard Komuniti (MyHealth). Manakala untuk pengunjung kanak-kanak, pihak pi1m mengadakan kuiz teka silangkata dan saat yang paling ditunggu-tunggu adalah acara cabutan bertuah. Terdapat pelbagai hadiah cabutan bertuah yang disediakan kepada pengunjung yang hadir. 

GALERI FOTO 

BULAN OKTOBER 2017

1.Exam Online Self-Assessment (OLSA)

 => Tarikh:8/10/2017 (3.00petang - 4.00 petang)

 1 4

         Siti adalah antara pelajar yang akan menghadapi Exam Online Self-Assessment (OLSA) untuk permohonan kemasukan ke tingkatan 1 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Ini merupakan syarat umum yang telah ditetapkan oleh pihak MRSM. Masa yang diperuntukkan adalah selama 1 jam. Ujian ini adala untuk menguji tahap pelajar tersebut sebelum layak mendapat tawaran pengajian ke matrikulasi. Terdapat lima program yang berteraskan Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) dilaksanakan di MRSM. Tempoh mengisi borang permohonan online dan menjawab OLSA ialah mulai 19 September hingga 31 Oktober 2017.

 GAMBAR DISINI

2. VIDEO ANIMAS MENGGUNAKAN APLIKAS POWTOON

=> Tarikh: 15/10/2017 (9.30 pg -11.30 pg)

IMG 0560 IMG 0564

 

          Pelajar ini belajar di tingkatan 1 Sek. Men. Long Yunus, Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan. Pelajar ini sedang mengaplikasikan subjek multimedia iaitu menghasilkan video animasi menggunakan aplikasi powtoon. Jika ada bahagian yang beliau tidak faham / keliru, beliau akan bertanya kepada petugas Pi1m. Petugas akan memberi tunjuk ajar & bimbingan kepada beliau.

GAMBAR DISINI

3.VIDEO ANIMASI MENGGUNAKAN APLIKASI POWTOON

    # PART 1: MENGHASILKAN VIDEO ANIMASI MENGGUNAKAN APLIKASI POWTOON (tema: tidak pasti jangan kongsi)
    # PART 2: UPLOAD VIDEO ANIMASI KE WEB YOUTUBE

=>     Tarikh:21/10/2017 {PART 1(10PG - 1PG), PART 2 (3PTG - 5PTG)}

IMG 20171021 154630 IMG 20171021 163507 IMG 20171021 163521

 

          Powtoon merupakan satu aplikasi komputer yang digunakan untuk menghasilkan video animasi. Para pelajar yang hadir terdiri daripada sekolah rendah & sekolah menengah. Untuk mendaftar akaun powtoon, pelajar haruslah mempunyai email sendiri untuk langkah pengesahan akaun nanti. Persembahan animasi boleh dihasilkan melalui manupulasi multimedia seperti objek, imej yang diimport dan teks. Manakala muzik atau penambahan audio telah tersedia untuk dipilih dalam perisian atau diimport dari simpanan individu. Perisian ini juga menyediakan fungsi untuk merakam suara untuk dipadankan dengan hasil animasi. Pembelajaran dalam penggunan PowToon adalah sangat mudah seperti perisian persembahan multimedia yang lain.

          Namun begitu, perisian ini menyediakan fungsi yang lebih menarik dan mudah digunakan. Fungsi seperti drag and drop teks, prop yang tersedia, watak-watak animasi yang tersedia menjadikan pengunaannya lebih mudah dan cepat untuk difahami. Setelah selesai menghasilkan video animasi, peserta diajar cara untuk memuat naik video mereka ke web youtube. Para pelajar diajar langkah demi langkah supaya pelajar tidak tercicir dan jika ada yang tidak faham, mereka boleh bertanya terus kepada tenaga pengajar. Jika ada yang berminat untuk mempelajarinya sendiri, boleh layari website www.powtoon.com

GAMBAR DISINI 

4.Game Kahoot

=>Tarikh: 16/10/2017 (2.30 ptg - 4.00 ptg)

IMG 20171016 162719 IMG 20171016 165316 IMG 20171016 165517

 

          Game Kahoot ini dapat menguji kefahaman dan ketangkasan peserta menjawab soalan. Game ini bukan sahaja untuk hiburan tetapi diisi juga dengan ilmu pengatahuan.  Setiap kali selepas soalan dijawab, akan keluar satu ranking. 5 peserta dengan markah paling besar akan berada diatas (Top 5). Peserta yang menjawab paling cepat dan paling tepat daripada pilihan jawapan, akan berada di ranking paling atas. Dah tentu lah, mereka akan berlumba-lumba untuk menjawab dengan paling betul dan paling cepat.

          Pelajar dapat peluang menguruskan sendiri jawapan mereka di pc/smartphone/tablet masing-masing. Bila peserta sendiri yang dapat jawab soalan, terlibat dengan aktif, maka mereka akan lebih tertarik. Peserta bersaing sesama rakan bagi mendapatkan markah yang paling tinggi. ini merupakan persaingan yang sihat. Selain itu, setiap soalan dan tempoh masa menjawab dapat ditentukan sendiri oleh petugas.Untuk Game Kahoot kali ini bertajuk "pengetahuan ICT & PI".

GAMBAR DISINI

BULAN SEPTEMBER 2017

1.  

 => Tarikh: 6 SEPTEMBER 2017 (10.00 PAGI - 12.00 TGH)

1 6

 

          En.Zamri telah diberikan tugasan untuk menyiapkan quotation kerja tetapi beliau tidak mahir. beliau telah datang ke Pusat Internet 1Malaysia untuk belajar cara daftar email dan cara menyediakan quatation kerja beliau. Beliau diajar langkah demi langkah cara penyediaannya dan cara untuk menghantar quotation tersebut menggunakan email yang baru didaftarkan tadi. Quotation(sebut harga) adalah memberikan sebut harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan yg ditawarkan seperti untuk mendapatkan tender sesuatu pekerjaan. 

Gambar Disini

2. CARIAN GAMBAR SEJARAH (KERJA KURSUS)

=> Tarikh: 10 SEPTEMBER 2017 (3.00PTG - 4.30PTG)

 3  6

          Pelajar ini merupakan pelajar darjah 5 dari Sekolah Kebangsaan Pauh 9, Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan. Beliau telah diajar cara -cara untuk mencari gambar yang dikehendaki melalui imej google, "copy" dan "paste" pada microsoft word. Selain itu, beliau juga diajar untuk "crop" gambar yang telah dipilih dan cara print hasil kerja beliau sendiri.

Gambar Disini

 3. POSTER BERTEMAKAN HARI MALAYSIA (MICROSOFT POWERPOINT)

=> Tarikh: 11 September 2017 (3.00 petang - 6.00 petang)

   
 f  m
   

 

          Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah & sekolah menengah. Peserta diajar mencipta poster menggunakan asas-asas microsoft powerpoint seperti suntingan gambar, efeks warna dan lain-lain. Selain itu juga, para peserta diberikan kelonggaran untuk untuk mencipta poster mengikut kreativiti masing-masing dan tidak tersasar dari tema asal.

Gambar Disini

4. LITERASI ICT & DASHBOARD BERSAMA KOMUNITI

=> Tarikh: 23 September 2017 (9.00 pagi - 2.00 petang)

 a d   z11
 z31  z1  z20

 

          Program ini melibatkan aktiviti bersama komuniti setempat. Taklimat penerangan tentang PI, kemudahan yang disediakan oleh pihak PI dan keistimewaan kepada ahli PI. Selain itu, taklimat tentang Dashboard Komuniti juga disampaikan. Pengunjung juga didedahkan dengan advokasi KDB (Online Grooming), E-Rezeki, E-Waste, Pemeriksaan kesihatan (tekanan darah), shoot produk, produk baru diMyshop dah juga kuiz Kahoot untuk menguji pengetahuan pengunjung tentang Pusat Internet 1Malaysia.

          Tidak lupa juga acara cabutan bertuah. Terdapat banyak hadiah cabutan yang disediakan untuk pengunjung yang bertuah. Program ini bukan sahaja untuk berkongsi ilmu tetapi dapat juga mengeratkan hubungan petugas PI dengan komuniti setempat.

Gambar Disini

5) E-REZEKI

=> Tarikh: 23hb / 28hb / 30hb September 2017

 IMG 20170923 162822 IMG 20170923 181625 Copy

         

          Platform E-Rezeki ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas dan golongan berpendapatan rendah seperti golongan belia. Peserta akan diberikan penerangan lanjut tentang E-Rezeki, cara kerja, latihan asas dan lain-lain. Terdapat pelbagai platform yang dapat disertai oleh para peserta untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan dan tanpa had masa.

          Selain itu juga, video testimoni peserta E-Rezeki yang telah berjaya juga telah dipertontonkan kepada peserta untuk menaaikkan semangat peserta baru. Di daerah Bachok, terdapat hanya 3 wakil E-Rezeki iaitu PI Beris, PI Melawi dan PI Jelawat. Kelas untuk program E-Rezeki ini adalah percuma.

 Gambar Disini

BULAN OGOS 2017

  • 1) SEMAKAN / RAYUAN UPU ONLINE LEPASAN STPM & PERMOHONAN BANTUAN PENGAJIAN (JPP & MAIK)
  •      => Tarikh: 3 - 7 OGOS 2017 (9.00 PAGI - 6.00 PETANG)
  • a   k

 

  •           Bakal-bakal pelajar IPT diberi tunjuk ajar dalam melakukan semakan permohanan IPT bagi lepasan STPM dan rayuan permohonan bagi pelajar yang gagal dalam permohonan pertama secara online. Selain itu, mereka juga diajar cara mengisi permohonan bantuan pengajian secara online (wang ehsan JPP & Bantuan MAIK). Para pelajar dipantau secara tidak langsung.
  • GAMBAR disini
  • 2) BINA AKAUN GMAIL & FACEBOOK
  •      => 4 OGOS 2017 (10.00 PAGI - 11.00 PAGI)
IMG 20170804 122332  IMG 20170805 105951
              Pelajar ini diberi tunjuk ajar cara untuk membina akaun gmail & akaun facebook. Selain itu, diajar juga cara untuk menulis email, menukar setting privasi facebook, memasukkan gambar / video, menukar gambar profile, mencari kenalan baru / lama & membalas komen dar rakan alam maya.
    Gambar Disini
  • 3) POSTER SEMARAKKAN KEMERDEKAAN
  •      => 4 OGOS 2017 (3.00 PETANG - 6.00 PETANG)
  •    
    f l
       

          Para pelajar ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah & sekolah menengah. Mereka diajar cara melukis poster bertemakan "semarakan kemerdekaan" menggunakan Paint. Mereka begitu teruja disebabkan tidak pernah melukis menggunakan komputer. Pelajar-pelajar diajar step by step cara melukis bulan, bintang & bendera Malaysia. Untuk latar belakang poster, pelajar diberi kelonggaran untuk melukis mengikut kreativiti masing-masing. Pelajar seronok dapat belajar sesuatu yang baru dengan santai bersama kawan-kawan.

GAMBAR disini

 

4) ULANGKAJI UPSAR (GOOGLE TRANSLATE)

     => 5 OGOS 2017 (3.00 PETANG - 6.00 PETANG)

   
IMG 20170805 160849 IMG 20170805 162200
   

 

          Pelajar ini bakal menghadapi peperiksaan percubaan UPSR. Mereka memilih PI1M sebagai tempat untuk mengulangkaji pelajaran bersama kawan-kawan terutamanya apabila melibatkan penggunaan internet untuk mencari maklumat belajar. Mereka diajar cara-cara untuk menggunakan google translate untuk menterjemahkan soalan latihan ulangkaji mereka sebelum mereka dapat mengarang kembali karangan dalam bahasa inggeris. Mereka juga dipantau secara tidak lansung oleh petugas.

 GAMBAR disini

 

5) LATIHAN MEDIA ASAS ICT

     => 6 - 7 OGOS 2017 (9.00 PGI - 5.00 PETANG)

   
M R
   

 

          Kelas ini adalah dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Jajahan Bachok. Peserta untuk kelas ini terdiri daripada belia - warga emas. Para peserta di ajar cara-cara membina akaun gmail, media sosial (facebook, intagram, youtube) & penggunaan telefon pintar untuk selaras dengan perkembangan teknologi ICT terkini. Selain itu, peserta turut diuji kefahaman dengan permainan game kahoot berdasarkan subjek yang dipelajari sepanjang kursus tersebut berjalan.

GAMBAR disini

 

6) ASAS MICROSOFT WORD + CARIAN GOOGLE

      => 5 OGOS 2017 (10.00 PAGI - 11.00 PAGI)

   
 IMG 20170805 165934 IMG 20170805 170648
   


          Pelajar ini dari sekolah rendah dan pengetahuan tentang komputer amat kurang. Beliau diajar step by step cara untuk menaip, menyalin / menampal maklumat dari internet, mencari maklumat dari internet dan print hasil kerja sendiri. Walaupun kurang pengetahuan dalam komputer, tetapi beliau cepat belajar dan mudah memahami.

GAMBAR disini

LAWATAN PELAJAR TABIKA KEMAS SRI SENTOSA

=> TARIKH: 16/11/2017 (8.30PG - 9.30PG)

A E
F K

          Pelajar dari Tabika Sri Sentosa telah datang membuat lawatan akhir tahun ke Pusat Internet 1Malaysia Beris. Mereka telah diberi taklimat ringkas tentang Pi1m, mengenal perkakasan komputer seperti monitor, tetikus dan papan kekunci. selain itu, pelajar didedahkan permainan online sambil belajar iaitu "Games Typing Balloon". Mereka semua begitu teruja dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam suasana yang santai dan gembira.

Galeri Foto

LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG BULAN JULAI 2017

1

KLINIK DASHBOARD

1HB – 31HB JULAI 2017

(9.00 PAGI – 6.00 PETANG)

LAPORAN AKTIVITI

GAMBAR AKTIVITI

2

E-REZEKI

21HB – 22 HB JULAI 2017

(9.00 PAGI – 6.00 PETANG)

LAPORAN AKTIVITI

GAMBAR AKTIVITI

3

PROMOSI E-WASTE

1HB – 31HB JULAI 2017

(9.00 PAGI – 6.00 PETANG)

LAPORAN AKTIVITI

GAMBAR AKTIVITI

4

ASAS MICROSOFT OFFICE

10HB JULAI 2017

(3.00 PETANG – 5.00 PETANG)

LAPORAN AKTIVITI

GAMBAR AKTIVITI

5

KERJA KURSUS TING.3 (GOOLE MAP SATELIT)

09HB JULAI 2017

(3.00PETANG – 4.00 PETANG)

LAPORAN AKTIVITI

GAMBAR AKTIVITI

6

NOTA RINGKAS GENG UPSR

16HB JULAI 2017

(3.00 PETANG – 6.00 PETANG)

LAPORAN AKTIVITI

GAMBAR AKTIVITI

7

MICROSOFT POWERPOINT (SUNTING GAMBAR)

23HB JULAI 2017

(3.00 PETANG – 6.00 PETANG)

LAPORAN AKTIVITI

GAMBAR AKTIVITI

8

ASAS INTERNET (GOOGLE & FACEBOOK)

24HB JULAI 2017

(9.00 PAGI – 6.00 PETANG)

LAPORAN AKTIVITI

GAMBAR AKTIVITI