Tarikh: 5 Disember 2017 Masa: 10.00 Pagi - 1.00 Petang Lokasi: PI Beris Kubur Besar Peserta: 7 orang |
Tujuan:
Kelas ini dihadiri oleh 1 orang pelajar tadika dan 5 orang pelajar sekolah rendah. Masing-masing mempunyai asas komputer dan senang untuk mereka memahami kelas pada hari ini.
Aktiviti:
Permulaan kelas, pelajar dipertontonkan dengan video klik dengan bijak (KDB) untuk membuka minda pelajar tentang baik dan buruk penggunaan internet. selepas itu, pelajar diajar cara untuk menghasilkan poster menggunakan microsoft powerpoint. Asas setiap kelas pelajar diajar untuk "create folder" masing-masing untuk menyenangkan pelajar menyimpan gambar-gambar yang dicari melalui internet. pelajar juga diajar cara untuk "crop" gambar, susunan kedudukan gambar dan "edit" gambar supaya nampak lebih menari dan tertarik. cara pemilihan warna dan tulisan juga dipadankan untuk menyerlahkan lagi poster yang pelajar hasilkan.
_________________________________________________________________________________________