PROGRAM LITERASI ICT & DASHBOARD KOMUNITI 2017

   => TARIKH: 18 NOVEMBER 2017 (9.00PG - 2.00 PTG)

a c
g l

 

       Program Literasi ICT & Dashboard Komuniti 2017 adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan Dashboard Komuniti serta muatturun aplikasi Dashboard pada telefon pintar pengunjung. Selain itu, petugas telah memberikan penerangan lanjut tentang peranan pi1m dan kemudahan yang disediakan oleh pihak pi1m kepada komuniti setempat. Tayangan video mengenai kesedaran dan keselamatan penggunaan internet juga dipertontonkan seperti over sharing, cyber bully, online grooming dan lain-lain.

       Untuk slot keusahawanan, pihak pi1m telah menjemput en.noordin zakaria iaitu usahawan online yang berpengalaman luas dalam bidang online untuk berkongsi ilmu asas-asas perniagaan online kaedah SEO (Search Engine Optimization). selepas itu, pengunjung diajar cara-cara untuk photoshoot produk supaya lebih menarik dengan kos yang menjimatkan. pi1m juga menyediakan platform untuk para usahawan online memasarkan produk jualan mereka iaitu Myshop Dashboard.

     Untuk program ini, pihak pi1m juga menyediakan slot kesihatan yang mana memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat pemeriksaan kesihatan seperti timbangan berat dan tekanan darah menggunakan peralatan I-Health dan rekod tersebut akan disimpan di Dashboard Komuniti (MyHealth). Manakala untuk pengunjung kanak-kanak, pihak pi1m mengadakan kuiz teka silangkata dan saat yang paling ditunggu-tunggu adalah acara cabutan bertuah. Terdapat pelbagai hadiah cabutan bertuah yang disediakan kepada pengunjung yang hadir. 

GALERI FOTO