Tarikh | : 17 Disember 2017 |
Masa | : 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | : PI Beris Kubur Besar. |
Peserta | : 9 orang |
Tujuan:
Kelas ini disertai oleh 9 orang belia yang mempunyai semangat waja untuk lebih maju dalam perniagaan online. Tenaga pengajar untuk kelas ini mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan online yang mana beliau sendiri mempunyai beberapa produk yang dipasarkan melalui atas talian. Kelas ini lebih memfokuskan kepada cara 'Marketing Online' melalui media sosial.
Aktiviti:
Para peserta didedahkan bagaimana Fb Ads digunakan untuk menghasilkan limpahan trafik dan dapat mensasarkan mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh penjual seperti jantina, umur, lokasi dan sebagainya. Selain itu, peserta juga diajar cara untuk menghasilkan ayat 'copywriting' dan gambar yang dapat menarik pelanggan baru mengetahui lebih lanjut tentang produk mereka. Para peserta begitu fokus mempelajari ilmu baru atas talian yang akan membantu melonjakkan produk jualan mereka.
__________________________________________________________________________________________