Tarikh & Hari  7 Sept 2018 ( Jumaat )
Masa  11.00 pagi - 12.00 tengahari.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   11 Orang 

 

Tujuan 

Membimbing pelajar sekolah rendah melalui permainan dalam pembelajaran.

Aktiviti 

Permainan Puzzle atas talian ini bertemakan "Sayangilah Malaysiaku". Permainan ini dapat mengisi masa terluang pelajar daripada melakukan perkara tidak berfaedah. Permainan puzzle adalah satu permainan akal yang memerlukan pelajar mengecam corak dan berfikir dalam mencantumkan cebisan-cebisan puzzle itu dalam membentuk imej yang betul. Menyusun dan bermain puzzle adalah aktiviti yang bagus untuk memastikan minda pelajar tajam. Ia mencabar ketangkasan dan logik fikiran pelajar. Malah apa yang lebih baik, aktiviti ini akan menjadikan otak pelajar bekerja dikedua-dua belah bahagian pada masa yang sama. Bahagian kreatif otak bekerja untuk melihat produk akhir (puzzle yang siap), sementara bahagian logik pula bekerja untuk memadankan kepingan-kepingan puzzle dengan betul dan sempurna. Permainan puzzle ini dapat membantu perkembangan otak pelajar dan permainan ini sesuai untuk semua pertingkat umur. Pelajar juga seronok dengan pembelajaran dalam permainan yang santai seperti ini.

Gambar Di Sini