Nama Nor Pazura Binti Mamat.
Umur  32 Tahun
Ahli   2017

Latar belakang

Pn. Pazura merupakan surirumah sepenuh masa yang mempunyai 2 orang anak. beliau mula berniaga secara kecil-kecilan di rumah bagi membantu suami. Antara produk jualan beliau kini, makanan sejuk beku ( donut, roti goreng, roti hot dog, karipap dan sardin gulung), karipap mini dan lain-lain. Kesemua produk makanan ini beliau hasilkan sendiri. Bagi pelanggan yang jauh, beliau membuat penghantaran menggunakan lori yang khas bagi penghantaran makanan sejuk beku bagi mengelakkan produk rosak sebelum sampai kepada pelanggan. Beliau amat mementingkan kualiti produk dan kepuasan hati pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai asas kemahiran dunia ICT terutama dalam bidang pemasaran atas talian.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau telah dapat mempromosikan produk jualan beliau dengan mudah, menjimatkan dan tanpa sempadan. Antara platform media elektronik yang beliau gunakan adalah facebook, whatsapp. shopee dan instagram.