Nama Nurul Hidayah Binti Mohamad Zuki.
Umur  26 Tahun
Ahli   2016

Latar belakang

Cik Hidayah merupakan puteri sulong yang memikul tanggungjawab membantu keluarga dan adik-adik. Beliau bekerja sebagai guru kafa di Sekolah Kebangsaan Tawang, Bachok, Kelantan. Disamping pekerjaan tersebut, beliau mengisi masa terluang dengan menyertai jualan online sebagai dropship beberapa produk seperti Amway, perfume Balqish dan kini beliau juga menyertai Beuty Consultant Mary Kay secara part-time untuk meningkatkan pendapatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau mempunyai asas pengetahuan tentang komputer tetapi kurang mempraktikkan kemahiran tersebut dan ada yang hampir terlupa. 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau dapat meningkatkan kualiti diri dan menambah ilmu dunia ICT terutama dalam bidang pemasaran di media sosial seperti facebook, instagram dan whatsapp. Beliau lebih yakin dan bersemangat dalam menyiapkan tugasa kerja yang berkaitan komputer. Selain itu juga beliau kini sudah berjinak-jinak dengan platform shopee bagi memperluaskan pemasaran produk jualan beliau.