Nama  NUR NADIA BT JASNI. 
Umur  28 Tahun
Ahli   2020

Latar belakang

Nadia merupakan anak ke 4 daripada 6 orang beradik. beliau merupakan pelajar lepasan ijazah yang masih mencari peluang pekerjaan. beliau menyertai kelas latihan asas komputer ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kemahiran diri dalam dunia ICT. Selain itu, beliau juga melakukan kerja sambilan / dropship produk bagi menampung perbelanjaan sementara mendapat pekerjaan tetap.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan dunia ICT. Beliau juga hadapi sedikit masalah dalam melakukan perkejaan sambilan kerana proses pemasaran atau pengiklanan produk dropship banyak memerlukan kemahiran ICT.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

 Kini, dengan kemahiran komputer yang telah beliau pelajari di Pusat Internet, beliau dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang dunia ICT yang lebih mendalam. Selain itu juga, beliau dapat memasarkan serta mempromosikan produk dropship yang beliau jalankan tanpa had masa dan sempadan.