Nama Rohana Binti Ghazali.
Umur  48 Tahun
Ahli   2019

Latar belakang

Pn. Rohana merupakan agen produk Dr Skinz ( Minyak Zaitun & Minyak Black Seeds Habbatussaudah). Beliau mengenali produk ini melalui kawan-kawan dan mengsyorkan kepada beliau untuk mencuba keberkesanan produk tersebut. Alhamdulillah produk tersebut telah membuka hati beliau untuk terus join agen dimana beliau sebagai pengguna dan disamping itu dapat menambahkan pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai asas kemahiran dunia ICT terutama dalam bidang pemasaran atas talian dan beliau banyak mengsyorkan produk tersebut kepada sanak saudara serta kawan-kawan secara offline.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau dapat memajukan diri dalam dunia ICT seperti membuat pengiklanan, promosi dan testimoni produk tersebut melalui media elektronik seperti facebook, whatsapp dan lain-lain. Selain itu, beliau juga dapat menjimatkan masa serta mendapat rakan niaga tanpa had sempadan.