Nama Siti Nurul Amirah Binti Azmi.
Umur  28 Tahun
Ahli   2019

Latar belakang

Siti Nurul Amirah merupakan seorang suri sepenuh masa. Beliau banyak menghabiskan masa terluang dengan melayan anak-anaknya dan kini beliau semakin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan atas talian. Beliau bermula sebagai dropship 1 jenis barang sahaja dan kini produk jualan beliau sudah dipelbagaikan. Antara produk yang beliau niagakan ialah bantal hilton, aura terapi roll on, herba kurus tradisi dan minuman fresa fresher.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau mempunyai asas pengetahuan tentang dunia ICT dan komputer tetapi bidang pemasaran beliau masih dalam proses pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau dapat meningkatkan kualiti diri dan menambah ilmu dunia ICT terutama dalam bidang pemasaran di media sosial seperti facebook, instagram dan whatsapp. Selain itu juga beliau kini sudah berjinak-jinak dengan platform shopee bagi memperluaskan pemasaran produk jualan beliau.