Nama Norazita Bt Mohd Sapie.
Umur  40 Tahun
Ahli   2019

Latar belakang

Cik Ta bermula dengan minat dan hobi dengan kecantikan. Beliau mengikuti kursus sebagai jurusolek pengantin dan beliau juga menyediakan khidmat spa terapi hanya sekadar hobi sahaja pada permulaannya. Lama kelamaan, hobi beliau kini sudah dapat menjana pendapatan bulanan beliau sendiri. Selain itu, beliau juga merupakan agen kosmetik Giffarine dan beberapa produk lagi.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai asas dan pengalaman dalam dunia ICT.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, beliau banyak mempromosikan dan memasarkan perkhidmatan yang beliau usahakan melalui media massa seperti facebook, instagram, blog, whatsapp dan lain-lain. Produk beliau juga kini sudah dikenali masyarakat dan beliau akan terus cuba memperbaiki dan mempertingkatkan jualan dari masa ke semasa.