Tarikh & Hari  7 Mac 2020
Masa

 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   10 Orang 

Tujuan 

    • Memberi tunjuk ajar cara untuk membuat Perdaftaran Prasekolah dan Tahun 1 secara atas talian.

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para ibu dalam membuat Perdaftaran Prasekolah dan Tahun 1 secara atas talian. Bagi pendaftaran prasekolah, para ibu perlu melalui website ( https://eprasekolah.moe.gov.my/ ) manakala untuk pendaftaran tahun 1 pula melalui website ( https://public.moe.gov.my/ ). Semasa pendaftaran tersebut, para ibu diajar langkah demi langkah seperti cara untuk mendaftar sebagai pengguna, jika terlupa kata laluan, cara untuk semak kata laluan tersebut. Antara dokumen yang perlu dibawa bersama semasa pendaftaran atas talian ialah sijil lahir anak, buku imunisasi anak, maklumat lengkap ibubapa atau penjaga. Pemilihan sekolah yang dimohon bergantung kepada alamat semasa pemohon. Ramai para ibu yang mempunyai masalah dibahagian pengisian tarikh imunisasi anak dan staff akan bantu para ibu. Selepas selesai mengisi maklumat lengkap, para ibu diminta untuk semak terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan kerana bagi permohonan tahun 1, para ibu hanya boleh mengemaskini permohon sebanyak 3x sahaja jika berlaku kesilapan atau perubahan. Siap disemak, para ibu diajar cara untuk print out permohonan tersebut untuk disahkan oleh penghulu bersama dokumen yang berkaitan sebelum diserahkan kepada pihak sekolah yang dipohon.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  1 Mac 2020
Masa

 4.00 petang - 6.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   5 Orang 

Tujuan 

    • Memberi tunjuk ajar cara untuk membuat Permohonan Bantuan Pengajian Ke IPTA Secara Online

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada bakal-bakal pelajar IPTA dalam membuat Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPTA bagi menampung perbelanjaan pengajian mereka seperti Bantuan Wang Ehsan JPP & Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Permohonan tersebut perlu dibuat secara atas talian dan pelajar perlu mencetak serta print out permohonan tersebut sebelum disahkan oleh penghulu bersama dokumen-dokumen sokongan seperti surat tawaran, salinan kad pengenalan, salinan akaun bank dan lain-lain. Selepas itu, pelajar perlulah menghantar dokumen-dokumen tersebut ke Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan untuk proses seterusnya.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  23 Februari 2020
Masa

 11.00 petang - 1.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   5 Orang 

 

Tujuan 

    • Memberi bimbingan kepada pengguna berkaitan dengan cara mengisi permohonan dan upload dokumen

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada 5 orang pengguna yang masing-masing ingin memohon pekerjaan USM secara Online. Pengguna diajar cara untuk mendaftar dan mengemaskini permohonan. terdapat hampir 20 jawatan kosong. Pengguna terlebih dahulu perlu mengisi maklumat peribadi dan akademik sebelum padanan jawatan yang bersesuai dengan kelayakan dipilih oleh system. Jawatan tersebut dibuka pada 16 Feb 2020 hingga 25 Feb 2020 sahaja. Pemohon perlu memuat naik dokumen / sijil ke dalam sistem dalam format pdf. Hanya calon yang melepasi ujian saringan sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 6 bulan, maka permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  21 Februari 2020
Masa

 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   2 Orang 

Tujuan 

    • Memberi tunjuk ajar cara menggunakan Microsoft Excel langkah demi langkah.

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada 2 orang pelajar tentang asas microsoft excel. Diawal kelas, pelajar diberikan penerangan lanjut tentang fungsi setiap ikon pada microsoft excel seperti operasi aritmatik yang menggunakan rumus (tambah. tolak, bahagi, darab, peratusan & lain-lain.)  Selain itu, pelajar diajar cara untuk hasilkan jadual, graf, carta organisasi dan lain-lain. Sebelum Print out, pelajar diminta untuk menyemak terlebih dahulu supaya kesilapan dapat dikurangkan. 

 

Gambar Di Sini

 
Tarikh & Hari  14 Februari 2020
Masa

 4.00 petang - 6.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   3 Orang 

 

Tujuan 

    • Memberi bimbingan kepada pengguna berkaitan dengan asas microsoft word dalam menyiapkan tugasan sekolah.

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada 3 orang pelajar tingkatan 6 berkaitan asas menaip menggunakan microsoft word dalam menyiapkan tugasan sekolah. Asas menaip termasuklah juga cara untuk setting jadual, margin dan juga cara untuk resize gambar sebelum dimuatnaik ke dokumen tersebut. Sebelum dokumen di print out, pengguna dinasihatkan untuk semak terlebih dahulu sebelum print bagi mengurangkan kesilapan berlaku dan begitu juga cara untuk menyimpan dokumen yang telah ditaip ke dalam pendrive serta email. Pengguna diajar cara untuk mendaftar wifi komuniti secara percuma bagi membolehkan pengguna menggunakan internet di laptop masing-masing. jika pengguna menghadapi sebarang masalah, pengguna dapat bertanya terus kepada petugas tanpa segan silu.

Gambar Di Sini