Tarikh & Hari  20 September 2019 ( Jumaat )
Masa

 9.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   5 Orang 

Tujuan 

    • Pembelajaran atas talian kepada adik-adik sekolah rendah di hari minggu.

Aktiviti 

      • Pembelajaran atas talian ini terdiri daripada Kahoot Online, Menaip pantas dan juga Quizizz. Kahoot Online adalah permainan dalam pembelajaran yang mana soalan dicipta oleh pengajar tentang Klik Dengan Bijak ( ICT ). Soalan akan dipaparkan pada skrin besar dan peserta perlu menjawabnya pada komputer masing-masing dengan pantas. Kuiz ini menguji kepantasan para peserta. Selepas itu, pelajar diajar untuk menaip pantas melalui website https://10fastfingers.com/typing-test/english. Melalui website ini, pelajar dapat melatih jari jemari mereka untuk menaip secara pantas dan terdapat pelbagai bahasa yang boleh dicuba. Manakala Quizizz pula, atas permintaan pelajar sendiri inginkan soalan tentang matematik & peribahasa. Berbeza dengan Kahoot, Quizizz akan memaparkan soalan dan jawapan pada skrin komputer peserta. Susunan soalan setiap peserta adalah tidak sama walaupun soalan yang sama. ini dapat mengelakkan dari peserta untuk meniru secara membuta tuli. Pembelajaran ini semua bukan sahaja menguji minda para pelajar, tetapi juga memberi keseronokan juga kepada mereka.

Gambar Di Sini