Tarikh & Hari  13 September 2019 ( Jumaat )
Masa

 3.30 petang - 5.30 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   1 Orang 

Tujuan 

    • Permohonan pinjaman PTPTN secara online.

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan kepada peserta cara untuk membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online. Sebelum membuat permohonan online, peserta perlu pastikan telah menerima tawaran IPT, mempunyai salah satu nombor akaun SSPN, mempunyai akaun bank mengikut panel bank IPT masing-masing dan yang terakhir, membuat semakan jadual permohonan dan bayaran pinjaman. permohonan online boleh dibuat melalui website https://www.ptptn.gov.my/gateway/ . No pin PTPTN boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN ) ataupun pembelian secara online.  Hanya email rasmi pelajar sahaja yang perlu digunakan bagi urusan rasmi PTPTN. Peserta juga perlu memastikan segala maklumat yang diisi adalah tepat dan betul sebelum menekan butang  "Ya" bagi tujuan pengesahan permohonan kerana setiap permohonan yang telah disahkan tidak boleh dibuat pindaan selepas itu. Selepas 1minggu daripada tarikh tutup permohonan, peserta boleh menyemak permohonan tersebut samaada lulus atau sebaliknya. jika lulus, peserta perlulah mencetak surat perjanjian PTPTN sebanyak 2 salinan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan seterusnya. bagi yang tidak berjaya, mereka boleh membuat rayuan permohonan pinjaman PTPTN mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Gambar Di Sini