Tarikh & Hari

 8 Sept 2018 ( Sabtu ) - Sesi 1

 23 Sept 2018 ( Ahad ) - Sesi 2

 27 Sept 2018 (Khamis - Sesi 3)

Masa  10.00 pagi - 1.00 petang.
Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta 

 3 Orang - Sesi 1

 5 Orang - Sesi 2

 3 Orang - Sesi 3

 

Tujuan 

Penerangan lanjut tentang Erezeki, pendaftaran atas talian dan video testimoni peserta yang telah berjaya bagi menaikan semangat peserta baru. Syarat utama pendaftaran Erezeki adalah terbuka kepada belia berumur 18tahun dan keatas sahaja.

Aktiviti 

Para peserta diberi taklimat terlebih dahulu tentang apa itu Erezeki dan cara mengaplikasikan apa yang telah diajar. Selepas itu, peserta dipantau secara langsung oleh pengajar semasa pendaftaran atas talian supaya tiada kesilapan atau masalah yang timbul. Bagi peserta yang tidak mempunyai email, mereka perlu membina akaun gmail terlebih dahulu kerana segala proses berkaitan erezeki melalui email sepenuhnya. Setelah selesai mendaftar, peserta dipertontonkan dengan video testimoni dari peserta yang telah berjaya bagi menaikkan semangat peserta baru untuk terus menerokai Erezeki iaitu bidang kerja sambilan anjuran MDEC.

Gambar Di Sini