Tarikh & Hari | : |
16 Januari 2021 |
Masa | : |
11.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Komuniti Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 2 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar cara menghasilkan senarai nama ajk masjid untuk bertugas semasa tempoh PKP menggunakan microsoft excel. |
Aktiviti |
Pengguna di ajar cara intuk membuat senarai nama, setting setiap jadual dan cara untuk print out dokumen. |
Tarikh & Hari | : |
14 Januari 2021 |
Masa | : |
02.00 petang - 03.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Komuniti Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar kepada pengguna cara untuk membuat Permohonan tuntutan dari Skim Perlindungan B40 - Mysalam. |
Aktiviti |
Peserta diberikan tunjuk ajar untuk mengisi permohonan dengan betul dan jika peserta menghadapi sebarang permasalahan berkaitan, petugas akan membantu memberikan penyelesaian yang terbaik. Bagi yang tidak layak Mysalam, mereka boleh membuat tuntutan Covid-19 melalui NADMA ( Agensi Pengurusan Benca Negara ). Borang tuntutan tersebut boleh didapati di website : http://www.nadma.gov.my/en/ |
Tarikh & Hari | : |
5 & 21 Disember 2020 |
Masa | : |
12.00 tengahari - 1.00 tengahari 9.30 pagi - 10.30 pagi |
Lokasi | : | Pusat Internet Komuniti Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 3 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar cara membuat Permohonan Kebenaran Berkahwin Online ( E-Qaryah ) |
Aktiviti |
Sistem E-Qaryah adalah sebuah bank data penduduk Negeri Kelantan yang mempunyai pelbagai fungsi. Tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk memberi kemudahan kepada pihak agensi kerajaan dalam mengenalpasti kesemua anak mukim Negeri Kelantan. Dengan ini proses pengesahan status anak mukim dapat dipermudahkan. Terdapat beberapa peraturan permohonan tersebut seperti pemohon lelaki perlu berumur 18 tahun ke atas manakal pemohon perempuan sekurang-kurangnya 16 tahun ke atas. Jika pemohon tidak mencapai umur yang telah ditetapkan, borang permohonan itu hendaklah diisi kemudian setelah memperolehi kebenaran berkahwin bawah umur daripada Mahkamah Syariah. Permohonan boleh dibuat secara online di website : http://eqaryah.jaheaik.gov.my/ |
|
Tarikh & Hari | : |
21 Januari 2021 |
Masa | : |
09.30 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : | Pusat Internet Komuniti Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar kepada guru cara untuk menyertai mesyuarat atas talian menggunakan google meet. |
Aktiviti |
Bersesuaian dengan keadaan normal baharu, kita semua disarankan untuk mengelakkan dari berkumpul ramai-ramai seperti mesyuarat bersemuka bagi menghindarkan jangkitan wabak covi-19 yang menyerang seluruh negara. Google meet boleh diakses menggunakan smartphone dan juga komputer mengikut keselesaan masing-masing bergantung kepada tahap kelajuan internet yang digunakan bagi mengelakkan gangguan talian semasa mersyuarat berlangsung. Sebelum mesyuarat berlangsung, petugas akan membantu peserta cara untuk log masuk kepada google meet tersebut melalui link yang telah dihantar kepada semua peserta. Petugas juga menerangkan sedikit sebanyak tentang google meet seperti menaip diruangan chat jika ada pertanyaan secara bertulis atau on / off microfon apabila ingin mencelah semasa mesyuarat berlangsung, on kamera semasa perbentangan atau mesyuarat berlangsung dan lain-lain. Dalam musibah covid-19 yang melanda negara, terdapat juga manfaat dan hikmah yang sangat besar dalam usaha kita menerokai kemudahan baru dalam teknologi maklumat yang telah sedia ada tanpa kita sedari. |
Tarikh & Hari | : |
21 Disember 2020 |
Masa | : |
2.30 petang - 3.30 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Komuniti Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 4 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar cara membuat permohonan I-Sinar kepada pengguna secara online. |
Aktiviti |
Program I-Sinar ini adalah salah satu inisiatif pihak kerajaan bagi membantu meringankan beban ahli pencarum KWSP akibat daripada wabak covid-19. Program ini adalah untuk semua pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan simpanan KWSP akaun 1 sebanyak 10% dengan syarat baki minimum sebanyak RM100. Inisiatif I-Sinar ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu pengeluaran akaun 1 dengan baki RM90,000 ke atas dan baki simpanan akaun 1 RM90,000 ke bawah. Peserta diajar cara untuk membuat permohonan tersebut. perkara pertama yang diperlukan ialah no kad pengenalan dan no telefon peserta. Nombor OTP akan dihantar kepada telefon peserta sebagai pengesahan untuk meneruskan permohonan. |
|