Belajar Internet & Menaip

Nama : Muhammad Haziq Hilmi Bin Yaacub.
Umur : 20 tahun
Ahli : 2017

Latar Belakang

Haziq merupakan anak pertama daripada 5 beradik. Beliau baru sahaja tamat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2016.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pi, beliau kurang pengetahuan tentang penggunaan komputer. Beliau juga tiada keyakinan untuk mengajar adik-adik tentang komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai salah seorang ahli di Pusat Internet Beris Kubur Besar, dan mengikuti kelas komputer anjuran PI, Haziq kini lebih yakin untuk mengajar adik-adik tentang penggunaan komputer yang betul. Malahan beliau juga dapat membantu rakan-rakan lain tentang penggunaan internet seperti mengisi permohonan UPU secara online, penulisan resume dan lain-lain.

IMG 20170608 WA0011

________________________________________________________________________________________