Perniagaan Online (Kosmetik & Pakaian)

Nama : Najwa Shahira Binti Azman. 
Umur : 20 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Cik Najwa adalah pelajar lepasan sekolah yang sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA. Beliau merupakan anak pertama daripada 7 beradik. disamping membantu ibubapa menguruskan adik-adik dirumah, beliau mengisi masa terluang dengan menjalankan perniagaan online sebagai dropship. Antara produk jualan online beliau ialah kosmetik, pakaian wanita, beg tangan dan kasut sukan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan media sosial. Beliau juga kurang keyakinan diri untuk menjana pendapatan atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mandaftar sebagai ahli PI Beris pada tahun 2017, beliau banyak melibatkan diri dengan program anjuran PI seperti Kelas Komputer Intel, Latihan Asas E-Rezeki dan Hari Dashboard. Beliau juga sudah yakin dan boleh memberi tunjuk ajar tentang penggunaan komputer seperti menaip, edit gambar kepada adik-adik serta kawan-kawan sebaya. Beliau juga sudah boleh menyediakan resume untuk permohonan kerja dan membuat permohonan kerja online seperti SPA8, Job Malaysia dan lain-lain.

23559647 529538434077337 257588039288511841 n

___________________________________________________________________________________________