Belajar Internet, Menaip & Media Sosial

Nama : Cik Norsuharnin Binti Andigani.
Umur : 18 tahun
Ahli : 2017

Latar Belakang

Cik Norsuharnin merupakan anak kedua daripada 3 beradik. Beliau baru sahaja tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau kurang mengetahui tentang perkembangan ICT terkini. Beliau juga tiada pengetahuan tentang penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai salah seorang ahli di Pusat Internet Beris Kubur Besar dan mengikuti kelas komputer anjuran PI,  Cik Norsuharnin lebih yakin dan tidak asing lagi dengan penggunaan komputer. Beliau juga turut diajar cara menggunakan Excel ( formula & Validation ), Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Beliau dapat memahirkan diri dalam penggunaan internet seperti email dan media sosial. Malahan beliau juga dapat membantu rakan lain tentang penggunaan internet seperti menaip resume, mengisi permohonan SPA secara online dan lain-lain.

________________________________________________________________________________________