Perniagaan Online (HAI-O)

Nama : Norpazilawati Binti Mohd Taib.
Umur : 37 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Pn. Norpazilawati merupakan seorang guru Fardu Ain dan suri rumah separuh masa. Disamping itu, beliau juga berjinak-jinak dalam perniagaan kesihatan (Hai-O) sebagai pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan sampingan beliau hanya tertumpu kepada jiran dan rakan sekerja sahaja secara offline. Masa perniagaan beliau juga terhad disebabkan pekerjaan hakiki.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau menyertai pelbagai program anjuran PI seperti kelas komputer, Program Dashboard; minda beliau lebih terbuka dan semakin berminat untuk mengembangkan perniagaan sampingan secara online. Latihan ICT secara teori dan praktikal telah membuatkan beliau yakin untuk terus bergerak maju dalam perniagaan online. Perniagaan online juga telah menjimatkan masa beliau untuk membuat pemasaran / promosi tanpa sempadan dan had masa.

1504752014 17862710 10206522828028382 2365244943493578653 n

___________________________________________________________________________________________