Perusahaan Bakeri

Nama : Norafizah Binti Abd Rahim.
Umur : 37 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau sangat meminati bidang bakeri tetapi dahulu peluang susah. Kini, beliau banyak mengikuti kursus keusahawanan, pertama kalinya anjuran Jabatan Pertanian Kelantan. Kini, beliau sudah memiliki bengkel pembuatan kek dan roti sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Jualan produk secara langsung kurang mendapat sambutan dan hanya dikenali pelanggan sekitar sahaja. Sebelum ini juga beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan internet serta penggunaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau dengan PI, beliau banyak mempelajari cara pemasaran atas talian iaitu melalui Instagram, Twitter, Facebook, FB Pages dan Whatsapp. Kemahiran tentang dunia ICT juga makin bertambah baik. Produk jualan beliau juga dapat dipromosikan tanpa had, masa dan jarak melalui media sosial. Kini tempahan produk juga melalui atas talian dan produk beliau sudah dikenali ramai.

ezah2

____________________________________________________________________________________________