Tarikh & Hari  7 Mac 2020
Masa

 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi   Pusat Internet Beris Kubur Besar.
Peserta   10 Orang 

Tujuan 

    • Memberi tunjuk ajar cara untuk membuat Perdaftaran Prasekolah dan Tahun 1 secara atas talian.

Aktiviti 

      • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para ibu dalam membuat Perdaftaran Prasekolah dan Tahun 1 secara atas talian. Bagi pendaftaran prasekolah, para ibu perlu melalui website ( https://eprasekolah.moe.gov.my/ ) manakala untuk pendaftaran tahun 1 pula melalui website ( https://public.moe.gov.my/ ). Semasa pendaftaran tersebut, para ibu diajar langkah demi langkah seperti cara untuk mendaftar sebagai pengguna, jika terlupa kata laluan, cara untuk semak kata laluan tersebut. Antara dokumen yang perlu dibawa bersama semasa pendaftaran atas talian ialah sijil lahir anak, buku imunisasi anak, maklumat lengkap ibubapa atau penjaga. Pemilihan sekolah yang dimohon bergantung kepada alamat semasa pemohon. Ramai para ibu yang mempunyai masalah dibahagian pengisian tarikh imunisasi anak dan staff akan bantu para ibu. Selepas selesai mengisi maklumat lengkap, para ibu diminta untuk semak terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan kerana bagi permohonan tahun 1, para ibu hanya boleh mengemaskini permohon sebanyak 3x sahaja jika berlaku kesilapan atau perubahan. Siap disemak, para ibu diajar cara untuk print out permohonan tersebut untuk disahkan oleh penghulu bersama dokumen yang berkaitan sebelum diserahkan kepada pihak sekolah yang dipohon.

Gambar Di Sini