-
-
- Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru yang ingin melakukan mesyuarat atas talian selaras dengan saranan kerajaan untuk mengelakkan dari berkumpul ramai-ramai bagi membendung penularan wabak covid-19. Dengan pelaksanaan PKP, mesyuarat secara bersemuka dengan kehadiran secara fizikal ahli mesyuarat tidak dapat dilaksanakan lagi seperti sebelum ini. Mesyuarat dalam talian menerusi alatan komunikasi seperti Webex, Zoom, Microsoft Team, Google Meet, Streamyard dan sebagainya adalah merupakan pilihan yang ada pada masa kini. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai selagi terdapat capaian internet dengan kelajuan yang bersesuaian dengan keperluan. Selain itu, sesi mesyuarat juga dapat direkoskan untuk rujukan di masa akan datang dan hasil rakaman juga boleh dijadikan sebagai minit mesyuarat dalam bentuk digital.
|