Tarikh & Hari | : |
21 Januari 2021 |
Masa | : |
09.30 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : | Pusat Internet Komuniti Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar kepada guru cara untuk menyertai mesyuarat atas talian menggunakan google meet. |
Aktiviti |
Bersesuaian dengan keadaan normal baharu, kita semua disarankan untuk mengelakkan dari berkumpul ramai-ramai seperti mesyuarat bersemuka bagi menghindarkan jangkitan wabak covi-19 yang menyerang seluruh negara. Google meet boleh diakses menggunakan smartphone dan juga komputer mengikut keselesaan masing-masing bergantung kepada tahap kelajuan internet yang digunakan bagi mengelakkan gangguan talian semasa mersyuarat berlangsung. Sebelum mesyuarat berlangsung, petugas akan membantu peserta cara untuk log masuk kepada google meet tersebut melalui link yang telah dihantar kepada semua peserta. Petugas juga menerangkan sedikit sebanyak tentang google meet seperti menaip diruangan chat jika ada pertanyaan secara bertulis atau on / off microfon apabila ingin mencelah semasa mesyuarat berlangsung, on kamera semasa perbentangan atau mesyuarat berlangsung dan lain-lain. Dalam musibah covid-19 yang melanda negara, terdapat juga manfaat dan hikmah yang sangat besar dalam usaha kita menerokai kemudahan baru dalam teknologi maklumat yang telah sedia ada tanpa kita sedari. |