Tarikh & Hari | : |
5 & 21 Disember 2020 |
Masa | : |
12.00 tengahari - 1.00 tengahari 9.30 pagi - 10.30 pagi |
Lokasi | : | Pusat Internet Komuniti Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 3 Orang |
Tujuan |
Memberi tunjuk ajar cara membuat Permohonan Kebenaran Berkahwin Online ( E-Qaryah ) |
Aktiviti |
Sistem E-Qaryah adalah sebuah bank data penduduk Negeri Kelantan yang mempunyai pelbagai fungsi. Tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk memberi kemudahan kepada pihak agensi kerajaan dalam mengenalpasti kesemua anak mukim Negeri Kelantan. Dengan ini proses pengesahan status anak mukim dapat dipermudahkan. Terdapat beberapa peraturan permohonan tersebut seperti pemohon lelaki perlu berumur 18 tahun ke atas manakal pemohon perempuan sekurang-kurangnya 16 tahun ke atas. Jika pemohon tidak mencapai umur yang telah ditetapkan, borang permohonan itu hendaklah diisi kemudian setelah memperolehi kebenaran berkahwin bawah umur daripada Mahkamah Syariah. Permohonan boleh dibuat secara online di website : http://eqaryah.jaheaik.gov.my/ |
|