Tarikh & Hari

 21 Disember 2020 

Masa

 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi  Pusat Internet Komuniti Beris Kubur Besar.
Peserta   4 Orang 

Tujuan 

 Memberi tunjuk ajar cara membuat permohonan I-Sinar kepada pengguna secara online.

Aktiviti 

Program I-Sinar ini adalah salah satu inisiatif pihak kerajaan bagi membantu meringankan beban ahli pencarum KWSP akibat daripada wabak covid-19. Program ini adalah untuk semua pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan simpanan KWSP akaun 1 sebanyak 10% dengan syarat baki minimum sebanyak RM100. Inisiatif I-Sinar ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu pengeluaran akaun 1 dengan baki RM90,000 ke atas dan baki simpanan akaun 1 RM90,000 ke bawah.

Peserta diajar cara untuk membuat permohonan tersebut. perkara pertama yang diperlukan ialah no kad pengenalan dan no telefon peserta. Nombor OTP akan dihantar kepada telefon peserta sebagai pengesahan untuk meneruskan permohonan. 

 

Gambar Di Sini