Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957.
Pada 31 Ogos 2017, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun..!
“Negaraku Sehati Sejiwa” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017.
Sehati sejiwa mencerminkan Kesepaduan, Kesefahaman, Kekitaan dan Kemanusiaan seluruh rakyat di Malaysia selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereke berada.