PROFIL DAERAH TANJUNG PAUH
Ditadbir oleh seorang Penggawa serta 5 orang Penghulu Mukim. (Lihat Organisasi)
Pejabat Penggawa
SEJARAH DAN LATARBELAKANG DAERAH TANJUNG PAUH
Daerah Tanjong Pauh ialah salah satu daerah yang terletak di dalam Jajahan Bachok. Terdiri daripada 5 Mukim Penghulu dan 6 Masjid Mukim. Disebelah utara bersempadan dengan Daerah Tawang, disebelah selatannya Bekelam, disebelah timur Repek dan Perupok dan sebelah barat Jajahan Kota Bharu.
Jarak daerah ini dengan bandar Bachok lebih kurang 6 KM dengan Bandar Kota Bharu pusat pentadbiran negeri ialah 18km. Luas Daerah Tanjung Pauh ialah 11.82 km persegi dan penduduknya ialah sekitar 15,300 orang.
SEJARAH RINGKAS
Nama Tanjung Pauh ialah sempena bagi nama sebuah kampung yang diduduki oleh Penggawa pada zaman pemerintahan British. Diwaktu itu kampung yang terpencil ini yang hanya didiami beberapa buah kelurga sahaja. Sebelum merdeka daerah ini sangat mundur dan terpencil kerana tiada jalan-jalan penghubung serta apa-apa kemudahan asas. Sungai adalah salah satu daripada jalan penghubung daerah ini dengan dunia luar.
Selepas merdeka , Daerah ini turut menerima faeadah kemajuan yang dirancang oleh pemerintah yang mana sebatang jalan yang menghubungkan antara Pekan Beris Kubor Besar dengan Kota Bharu telah dibina pada tahun 1959. Pada tahun 1993 pihak M.T.C telah membuat percubaan menanam tembakau di daerah ini dan ianya telah berjaya, sejak itu ianya melangkah setapak demi setapak menuju kejayaan dan sudut pendapatan penduduk daerah ini. Hari ini Daerah Tanjong Pauh adalah satu daerah yang bernasib baik kerana telah mendapat kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya dari kerajaan disamping mempunyai sumber ekonomi yang kukuh.
Profil & SEJARAH BERIS KUBOR BESAR
Merupakan salah satu mukim dibawah Daerah Tanjung Pauh.
Mukim Beris Kubor Besar Terdiri daripada 8 kampung iaitu (Lihat Organisasi)
1. Kg Beris Kubor Besar
2. Kg Pondok Beris Kubor Besar
3. Kg Hj Wanik
4. Kg Tok Likong
5. Kg Burung Hantu
6, Kg Bawah lembah Penghulu Kob
7. Kg Darat
8. Kg Kulim
Source : Pejabat Penggawa.& Web Pejabat Tanah & Jajahan Bachok
Credit : FB Kelantan State