Nama  ROSMAILI ADRIANA BT RAMLI. 
Umur  18 Tahun
Ahli   2019

Latar belakang

Rosmaili Adriana merupakan pelajar lepasan spm 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus. Beliau banyak melakukan tugasan sekolah di Pusat Internet Beris bersama kawan-kawan dan jika mereka menghadapi masalah dalam penggunaan komputer, mereka tanpa segan silu akan bertanya kepada petugas pusat internet. Selain itu, beliau juga merupakan ajk pusat internet yang aktif setiap kali pusat internet mengadakan program.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan dunia ICT. Beliau juga sering menghadapi masalah dalam penggunaan komputer untuk menyiapkan tugasan sekolah.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

 Kini, dengan kemahiran komputer yang telah beliau pelajari di Pusat Internet, beliau dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang dunia ICT yang lebih mendalam. Selain itu juga, beliau dapat menyiapkan tugasan sekolah dengan mudah, selesa dan menjimatkan setelah bergelar ahli PI. Banyak kelebihan yang dapat beliau manfaatkan dari perkhidmatan dan kemudahan PI. Beliau juga dapat memberi tunjuk ajar kepada adik-adik dan kawan yang memerlukan bantuan berkaitan komputer. Beliau juga sering memanfaatkan kelebihan beliau bergelar sebagai ahli iaitu dalam peminjaman netbook. Selain penggunaan komputer, beliau juga sering menggunakan perkhidmatan wifi komuniti yang disediakan oleh pusat internet secara percuma.