Nama  Nurul Shaidatul Binti Mohd Zaini. 
Umur  26 Tahun
Ahli   2017

Latar belakang

Pn. Shaidatul berjinak-jinak dengan dunia usahawan bermula dengan produk makanan yang dihasilkan oleh beliau sendiri. Manakala produk kosmetik, beliau sertai dropship apabila telah yakin dengan keberkesanan produk tersebut. beliau banyak mempromosikan produk beliau melalui media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, beliau kurang pengetahuan tentang dunia ICT / Komputer. beliau juga banyak berniaga secara offline dan juga kenalan terdekat serta kedai-kedai runcit.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas beliau mengikuti kelas anjuran PI, pengetahuan tentang dunia ICT dan pemasaran online makin bertambah baik. Beliau banyak mempromosikan produk jualan beliau dalam media sosial seperti Facebook, FB Pages, Instagram dan lain-lain. Selain itu, beliau juga banyak mengikuti kelas latihan anjuran pusat internet seperti Kelas Latihan E-Rezeki. Kelas Latihan E-Rezeki merupakan platform untuk menjana pendapatan sampingan. Masyarakat setempat juga makin mengenali produk jualan beliau. Beliau juga makin mahir menggunakan internet dan media sosial.