Nama  Soapian Bin Che Rani. 
Umur  39 Tahun
Ahli   2018

Latar belakang

En. Soapian merupakanseorang ketua keluarga dan bekerja sebagai penjawat awam. Beliau mula minat berniaga apabila selalu menemani isteri beliau yang juga merupakan usahawan online dan offline. sedikit sebanyak isteri beliau adalah pemberi semangat untuk beliau terus maju.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, beliau kurang pengetahuan tentang dunia pemasaran online. Selain itu, beliau juga berniaga secara offline kepada sanak-saudara dan rakan sekerja sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas beliau mengikuti kelas anjuran PI, pengetahuan beliau tentang dunia pemasaran online semakin baik. Beliau banyak mempromosikan produk jualan beliau melaui media sosial seperti Facebook, FB Pages, Instagram, Whatsapp dan lain-lain. Kini, masyarakat telah lebih mengenali produk beliau.