Nama  Nor Fatini Binti Ibrahim
Umur  19 Tahun
Ahli   2018

 

Latar belakang

Cik Nor Fatini merupakan pelajar yang baru melangkah ke IPTA. Beliau adalah anak kedua daripada 6 beradik. Selepas tamat tingkatan 5, beliau mengikuti kelas komputer anjuran Pusat Internet Beris Kubor Besar bagi memahirkan diri dalam dunia ICT. Kemahiran yang dipelajari dapat dipraktikkan beliau dalam memyempurnakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah beliau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, beliau kurang pengetahuan tentang komputer dan dunia ICT.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

 Kini, dengan kemahiran komputer yang telah beliau pelajari di Pusat Internet, beliau dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang dunia ICT yang lebih mendalam. Selain itu juga, beliau dapat menyiapkan tugasan dengan mudah, selesa dan menjimatkan setelah bergelar ahli PI. Banyak kelebihan yang dapat beliau manfaatkan dari perkhidmatan dan kemudahan PI. Beliau juga dapat memberi tunjuk ajar kepada adik-adik dan kawan yang memerlukan bantuan berkaitan komputer.