Perkhidmatan Terapi ( Spa & Post Natal)

Nama : Rosilawati Binti Abdullah.
Umur : 38 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Pn. Rosilawati atau lebih mesra dengan panggilan Kak Tie merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau menceburi bidang Terapi ini kerana minat yang mendalam. Kerana minat juga, beliau menyertai Kursus Terapi ( Spa & Post Natal) anjuran Empower Ecer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai pengetahuan asas dunia ICT terutama dalam bidang media sosial dan pemasaran online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mengikuti kelas anjuran PI, pengetahuan tentang dunia ict makin bertambah. Beliau banyak memperkenalkan perkhidmatan beliau dalam media sosial seperti facebook, whatsapp, instagram dan lain-lain. Beliau bukan sahaja menjalankan perkhidmatan itu di rumah, tetapi juga di rumah pelanggan mengikut permintaan pelanggan. Antara perkhidmatan yang beliau tawarkan ialah Urut Kesihatan, Urut Bersalin dan Bekam. Perkhidmatan beliau kini makin dikenali masyarakat sekitar dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

 ent q2 2019

____________________________________________________________________________________________