Belajar Internet, Menaip & Media Sosial

Nama  Nur Najiha Nabila Binti Mohd Adira.
Umur  17 Tahun
Ahli   2019

 

Latar Belakang

Cik Nur Najiha Nabila merupakan anak pertama daripada 3 orang adik-beradik. Beliau bersekolah di Sek. Men. Keb. Long Yunus, Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan. Beliau merupakan contoh dan guru kepada adik-adik beliau dalam apa jua bidang terutamanya dalam pelajaran. Beliau tiada pengetahuan tentang dunia ict dan komputer. Dengan itu, beliau telah mendaftar keahlian PI dan cuba melibatkan diri dalam setiap program anjuran Pusat Internet Beris Kubur Besar seperti Kelas Latihan Asas Komputer, Asas Microsoft Office (Word, Excel dan Powerpoint).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau tiada pengetahuan tentang dunia ict dan komputer serta penggunaannya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, beliau dapat mengajar adik-adiknya serta rakan sekelas tentang cara asas menggunakan komputer atau menaip. Dengan kemahiran komputer yang telah beliau pelajari di pusat internet, beliau dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang dunia ICT yang lebih mendalam. Selain itu juga, beliau dapat menyiapkan kerja kursus / tugasan sekolah dengan mudah, selesa dan menjimatkan setelah bergelar ahli PI. Banyak kelebihan yang dapat beliau manfaatkan dari perkhidmatan dan kemudahan PI.

 nur najiha nabila

________________________________________________________________________________________