Perniagaan Online (Tudung Bawal)

Nama : Nurul Huwaina Binti Mohd Hussin.
Umur : 26 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Pn. Nurul merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Disamping itu, beliau menjalankan perniagaan tudung bawal online. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan kini makin dikenali oleh masyarakat setempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai pengetahuan asas ICT tetapi kurang mendalam terutama dalam bidang media sosial dan pemasaran online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mengikuti kelas anjuran PI, pengetahuan tentang pemasaran online dan asas media baru serta media sosial makin bertambah baik. Beliau sendiri telah dapat menghasilkan broucher / phamplet produk beliau sendiri. Beliau juga turut mengikuti Kelas Latihan Asas E-Rezeki bagi menambahkan pendapatan sampingan beliau. Selain itu, beliau dapat memasrkan produk beliau ke seluruh dunia tanpa mengira masa secara online. Masyarakat juga makin mengenali produk beliau tanpa perlu bersua muka untuk membeli. 

NURUL HUWAINA 

____________________________________________________________________________________________