Perniagaan Online & Offline (Minyak AMO & Aiskrim Malaysia)

Nama : Rosmawati Bt Abdul Rahim.
Umur : 31 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Pn. Rosmawati merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Disamping menguruskan rumahtangga, beliau ada berniaga secara offline kepada jiran tetangga dan sanak saudara. Produk jualan beliau ialah Minyak AMO, Kerepek Pisang dan Aiskrim Malaysia. Aiskrim Malaysia adalah produk yang beliau hasilkan sendiri dan dijual kepada kanak-kanak secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang pengetahuan tentang perniagaan atas talian dan hanya menggunakan media sosial untuk kegunaan peribadi sahaja. Selain itu, beliau berniaga secara offline dan tiada pengetahuan asas tentang media elektronik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mengikuti kelas anjuran PI, minda beliau lebih terbuka dan berminat untuk menceburi bidang perniagaan atas talian. Beliau dapat menghasilkan akaun media sosial sendiri seperti Facebook, Instagram, FB Pages. Produk jualan juga dapat dipromosikan tanpa mengira masa. Permintaan pelanggan juga amat memberangsangkan.

ROSMAWATI 

____________________________________________________________________________________________