Belajar Internet, Menaip & Media Sosial

Nama : Noorizam Binti Mohamed.
Umur : 43 tahun
Ahli : 2018

Latar Belakang

Puan Noorizam merupakan seorang surirumah sepenuh masa. beliau menyertai kelas latihan komputer ict anjuran pusat internet beris untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang ict memandangkan pengetahuan beliau tentang dunia ict amat kurang. Disamping itu, beliau juga dapat mempraktikkan ilmu ict yang telah dipelajari kepada anak-anak beliau yang semakin membesar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau tiada pengetahuan tentang komputer dan penggunaannya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau dapat mengajar anak-anaknya cara asas menggunakan komputer atau menaip. Selain itu, beliau juga dapat melakukan carian maklumat di internet seperti resipi masakan dan lain-lain. Dengan kemahiran komputer yang telah beliau pelajari di pusat internet, beliau dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang dunia ICT yang lebih mendalam.

 pn. noorizam

________________________________________________________________________________________