Perniagaan Online.

Nama : Syuhani Zuraida Binti Samsuddin.
Umur : 35 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Pn Syuhani  merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan kini sedang berjinak-jinak dengan dunia perniagaan secara online. Antara produk jualan beliau ialah kain pasang, handbag, produk kecantikan dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang pengetahuan tentang perniagaan atas talian dan hanya menggunakan media sosial untuk kegunaan peribadi sahaja. Selain itu, beliau banyak memasarkan produk jualan secara langsung kepada kenalan dan jiran-jiran sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mengikuti kelas anjuran PI, minda beliau lebih terbuka dan berminat untuk menceburi bidang perniagaan atas talian. Beliau diajar cara untuk memuatnaik dan memuatturun gambar daripada internet. Selain itu, cara untuk photoshoot produk agar lebih menarik dan memasarkan menerusi online seperti pages fb dan my shop (Dashboard). Sokongan keluarga dan rakan-rakan membuatkan beliau bersemangat untuk mempelbagaikan produk jualan online. Produk jualan juga dapat dipromosikan tanpa mengira masa. Permintaan juga amat memberangsangkan.

q2syuhani

____________________________________________________________________________________________