Perniagaan Online & Offline.

Nama : Wan Shahera Binti Wan Abdullah.
Umur : 27 tahun
Ahli : 2010

Latar belakang

Beliau merupakan anak sulong daripada 7beradik dan juga seorang Guru KAFA disalah sebuah sekolah di Daerah Bachok. Beliau baru sahaja memulakan perniagaan online produk jamu susuk dara sebagai agen di Bachok, Kelantan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kertas kerja beliau banyak bergantung kepada penggunaan IT. Beliau kurang pendedahan kepada bidang IT. Penjualan produk juga terhad hanya kepada jiran dan rakan sekerja sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penggunaan internet, beliau dapat mempromosikan produk jualan tanpa had masa serta jarak, dapat menyiapkan kertas kerja dengan cepat dan pengetahuan beliau tentang ICT juga terbuka luas. Beliau juga diajar cara membuat pemasaran online melalui Facebook, Whatsapp group, dan terbaru melalui Dashboard PI (my shop). Ilmu ICT yang beliau pelajari dapat dipraktiskan dan disalurkan melalui perniagaan online, pembelajaran kepada anak didik beliau di sekolah.

wanshahera

____________________________________________________________________________________________