Tarikh & Hari | : |
26 Mei 2021 |
Masa | : |
9.30 pagi - 10.30 pagi |
Lokasi | : | Pusat Internet Komuniti Beris Kubur Besar. |
Peserta | : | 2 Orang |
Tujuan |
Bimbingan serta tunjuk ajar cara membuat permohonan Prasekolah 2022 dan Tahun 1 secara online. |
Aktiviti |
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada ibubapa / penjaga dalam membuat pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 secara atas talian. Permohanan atas talian ini dibuka sehingga 30 April 2021. Akan tetapi tarikh tersebut telah dilanjutkan ke 31 Mei 2021 berikutan daripada pandemik Covid-19. Bagi prasekolah, pendaftaran boleh dilakukan melalui website ( https://eprasekolah.moe.gov.my/ ) manakala bagi pendaftaran Tahun 1 pula melalui website ( https://public.moe.gov.my/ ). Semasa pendaftaran tersebut, para ibubapa diajar langkah demi langkah seperti cara untuk mendaftar sebagai pengguna, cara dapatkan reset kata laluan baru jika terlupa kata laluan dan cara semakkan permohonan berjaya atau gagal. Antara dokumen yang perlu dibawa bersama semasa pendaftaran atas talian ialah sijil lahir anak, buku imunisasi anak, maklumat lengkap ibubapa atau penjaga. Pemilihan sekolah yang dimohon bergantung kepada alamat semasa pemohon. Ramai para ibubapa yang mempunyai masalah bahagian pengisian tarikh imunisasi anak dan staff akan sedia membantu para ibubapa. Selepas selesai mengisi maklumat lengkap, para ibu diminta untuk semak terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan kerana bagi permohonan tahun 1, para ibu hanya boleh mengemaskini permohon sebanyak 3x sahaja jika berlaku kesilapan atau perubahan. Siap disemak, para ibu diajar cara untuk print out permohonan tersebut untuk disahkan oleh penghulu bersama dokumen yang berkaitan sebelum diserahkan kepada pihak sekolah yang dipohon. |