Tarikh & Hari

 1 & 6 Mac 2021

Masa

 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi  Pusat Internet Komuniti Beris Kubur Besar.
Peserta  10 Orang 

Tujuan 

Memberi tunjuk ajar kepada pengguna cara membuat permohonan prasekolah 2022 dan tahun 1 secara online.

Aktiviti 

Memberi bimbingan dan tunjuk  ajar kepada ibubapa dalam membuat pendaftaran prasekolah dan tahun 1 secara atas talian. Bgi prasekolah, pendaftaran boleh dilakukan melalui website ( https://eprasekolah.moe.gov.my/ ) manakala bagi pendaftaran tahun 1 pula melalui website ( https://public.moe.gov.my/ ). Semasa pendaftaran tersebut, para ibubapa diajar langkah demi langkah seperti cara untuk mendaftar sebagai pengguna, cara dapatkan reset kata laluan baru jika terlupa kata laluan dan cara semakkan permohonan berjaya atau gagal. Antara dokumen yang perlu dibawa bersama semasa pendaftaran atas talian ialah sijil lahir anak, buku imunisasi anak, maklumat lengkap ibubapa atau penjaga. Pemilihan sekolah yang dimohon bergantung kepada alamat semasa pemohon. Ramai para ibubapa yang mempunyai masalah bahagian pengisian tarikh imunisasi anak dan staff akan sedia membantu para ibubapa. Selepas selesai mengisi maklumat lengkap, para ibu diminta untuk semak terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan kerana bagi permohonan tahun 1, para ibu hanya boleh mengemaskini permohon sebanyak 3x sahaja jika berlaku kesilapan atau perubahan. Siap disemak, para ibu diajar cara untuk print out permohonan tersebut untuk disahkan oleh penghulu bersama dokumen yang berkaitan sebelum diserahkan kepada pihak sekolah yang dipohon.

Gambar Di Sini