Events Calendar
RSVP PEDi 31 JULAI 2023 - SESI TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN OLEH SSM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menganjurkan sesi taklimat Pendaftaran Perniagaan peringkat nasional sebagai salah satu aktiviti di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) setiap bulan bermula Mei 2023 dengan kerjasama bersama pihak SKMM. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan pendaftaran perniagaan serta turut menawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara termasuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan inisiatif ini.
Sehubungan dengan itu, SSM menjemput semua usahawan setempat di Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia (PEDi) di seluruh negara kecuali di Sabah dan Sarawak untuk menyertai sesi taklimat ini. Maklumat sesi adalah seperti berikut:
Sesi Taklimat Pendaftaran Perniagaan kepada Usahawan Yang Berminat:
Tarikh Program: 31 Julai 2023
Masa: 10:00 Pagi - 11:00 Pagi
Tempat/Platform: Microsoft Team
Siapa yang wajib hadir?
1. Peniaga kecil dan Penjaja (Separuh masa/ sepenuh masa)
2. Peniaga atas talian dan media sosial
3. Peniaga secara jualan langsung, dropshipper dan agen insurans
4. Pelajar IPT
Boleh Scan QR Code utk pendaftaran @ klik link di bawah.